Saturday, 21 March 2015

Akidah yang Bercanggah dengan Islam

akidahakidah
















ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah agama yang terakhir, lengkap, terjamin dan universal. Ia mempunyai daya untuk membimbing, membina dan melahirkan peribadi-peribadi dan generasi contoh sampai kiamat. Ia juga mempunyai kemampuan dan kekuatan rahsia untuk mempertahankan dirinya daripada segala bentuk serangan dan ancaman. Sejarah menyaksikan bahawa setiap fahaman dan fitnah yang telah cuba bersemuka dengan Islam pasti menerima kegagalan dan kekalahan.

Kemampuan dan kekuatan Islam yang luar biasa itu sangat menyakitkan hati musuh-musuh Islam kerana itu sejak zaman permulaan Islam sampai ke hari ini mereka tidak henti-henti merancang dan menyusun fitnah yang boleh memecah-belahkan umat Islam dengan mencipta ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang berbagai-bagai untuk menimbulkan keraguan terhadap Islam. Mereka sedar bahawa selagi umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, mereka akan bersatu padu dan menjadi benteng kukuh untuk memelihara Islam sehingga tidak mungkin akan ada satu pun kuasa yang dapat merobohkannya.

Ketika wilayah-wilayah dari dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi satu demi satu jatuh ke tangan Islam dan tidak mampu bertahan lagi, apatah akan melawannya dengan kekuatan senjata, ketika itu musuh-musuh Islam bermuafakat untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam dan menggugatkannya dari dalam. Sasaran mereka ialah orang-orang yang baru memeluk agama Islam yang belum lagi diresapi betul-betul oleh ajaran Islam dan masih belum terhapus dari jiwa mereka saki baki ajaran agama mereka yang lalu. Melalui taktik-taktik ini mereka telah berjaya dan kejayaannya terbukti jelas dengan syahidnya Khalifah Islam yang ketiga Saidina Uthman bin Affan r.a.

Gerakan musuh Islam atas nama Islam yang pertama ini dikenali di dalam sejarah Islam dengan ‘Gerakan Abdullah bin Saba’ dan rakan-rakannya’. Gerakan ini telah meletakkan batu-batu asas ajaran dan fahamannya yang kemudiannya dibinakan di atas asas-asas itu sebuah bangunan kukuh bernama “Syiah Rafidhah”.

Taktik yang sama telah digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman-zaman kemudiannya dengan berbagai-bagai nama seperti Babiah, Bahaiah, Qadiani, Batiniah, Ingkar Sunnah dan lain-lain, tetapi gerakan-gerakan yang lain selain Syiah tidak dapat bertahan lama kerana asas-asasnya tidak begitu kukuh dan mereka pula tidak seperti Syiah yang mengamalkan prinsip taqiyyah.

Semua gerakan tersebut pada hakikatnya telah disusun dan dirancang untuk memusnahkan ajaran Islam. Ini dapat diketahui dengan jelas apabila dikaji akidah-akidahnya berdasarkan kitab-kitab muktabar di kalangan mereka.

Friday, 13 March 2015

6 Kesilapan Bergaya Buat Anda Lebih Tua


Hiasan
Siapa yang tidak 'makan hati' melihat rakan sebaya tampak lebih muda dan seiring usia berbanding kita yang kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Ketahui kesilapan yang anda lakukan tanpa anda sedari.

1. Menyembunyikan bentuk tubuh badan
Jika anda cuba menyembunyikan pinggul, lengan atau perut anda dengan blazer yang besar, anda sebenarnya membuatkan diri anda kelihatan lebih 'berat'. Sepatutnya, anda perlu mencari blazer yang mempunyai potongan tubuh badan  untuk menampakkan anda lebih ramping dan mengecilkan pinggul di samping menutup perut buncit.

2. Helah memakai skirt
Hanya kerana usia anda semakin meningkat, tidak bermakna garis kelepet pada skirt anda turut panjang sehingga mencecah lantai. Memakai skirt yang terlalu panjang cenderung menampakkan anda kelihatan besar dan rendah. Untuk mengenakan skirt yang cantik dan sesuai dengan usia anda, pastikan anda memilih 'midiskirt' . Pendek kata, cari skirt panjangnya sehingga betis. Bagi yang mahu menutup keseluruhan kaki, pastikan skirt yang berfabrik lembut atau satin kosong supaya ketika anda memakainya, ia jatuh dengan cantik.

3. Pilih coli yang sesuai
Saiz coli yang salah akan menyebabkan anda kelihatan pendek, tua dan berat. Begitulah pendapat pakar coli, Becker, di mana penyangkuk sepatutnya berada di cangkuk paling longgar dan ia akan menjadi lebih ketat kerana coli meregang sepanjang masa. Saiz payudara berubah akibat pertambahan atau kehilangan berat dan pertukaran hormon. Anda disarankan melakukan pemeriksaan saiz sekali setahun dan membeli coli baru setiap enam hingga lapan bulan.

4. Jeans terlalu banyak kedut
Denim yang berkedut dikatakan memberi keselesaan dan gaya buat wanita walhal ia sebenarnya menunjukkan betapa banyak 'ketulan' yang anda ada. Adalah lebih baik mencari denim yang hanya mempunyai dua peratus saja fabrik elastik. Pemilihan jeans yang betul akan mencantikkan anda berbanding jeans yang seolah-olah padat dengan bentuk kaki anda.

5. Kaca mata terlalu 'geek'
Bingkai hitam dan tebal akan menampakkan kedutan dan bayang bawah mata lebih ketara. Wanita seperti anda lebih sesuai mengenakan bingkai plastik yang mempunyai sedikit kilauan atau permata hiasan kerana membantu mencerminkan cahaya. Kebanyakan wanita cuba menyamarkan kedutan dan bawah mata dengan bingkai besar. Sepatutnya, semakin meningkatnya usia anda adalah semakin kecil bingkai anda sepatutnya.

6. Memilih sandal yang lebar
Memang benar keselesaan perkara penting untuk mencari kasut tetapi biarlah kena pada imej. Ramai wanita memilih sandal berbanding kasut kerana mahu keselesaan dan memudahkan pergerakan. Tidak ada salahnya memilih sandal tetapi pastikan sandal yang dicari mempunyai sedikit 'ketinggian' untuk memberi gaya jalan yang menarik. Elak mencari sandal yang lebar pada bahagian kaki kerana membuatkan anda seperti sedang sedang bersantai di luar rumah!

Jika anda tidak mahu dilabel sebagai wanita yang tidak pandai bergaya dan mahu meningkatkan keyakinan anda, betulkan penampilan anda supaya suami tidak akan pandang pada wanita lain yang lebih bergaya! Setuju?

sumber: WEB SERI DEWI KELUARGA

Memperbaiki diri menjadi muslim sejati

Setiap saat kita bertarung dengan diri kita kerana berkehendakkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Pertarungan ini dinamakan sebagai “mujahidun li nafsi” (melawan hawa nafsu). Kadang-kadang kita tertewas, kadang-kadang juga menang. Pertarungan ini tidak akan selesai selagi nyawa dikandung badan.

Terdapat dua sahaja kecenderungan anak adam, sama ada ke arah yang baik atau buruk. Tiada sesiapa pun yang inginkan keburukan! Malah sedaya upaya unutk mencapai kebaikan dengan sanggup bersusah-payah berhempas-pulas menyempurnakannya demi pencapaian yang terbaik dari semasa ke semasa.
Allah berfirman dalam surah asy-Syams :
“Demi diri manusia dan penyempurnaan ciptaanya[7]. Maka Dia (Allah) mengilhamkannya (diri manusia) jalan kejahatan dan ketaqwaan[8]. Sungguh beruntung sesiapa yang menyucikan jiwanya (kerana memilih ketaqwaan)[10], dan sungguh rugi orang yang mengotorinya (dengan memilih kejahatan)[11].”

Kenali musuh-musuh sebenar.

Dalam peperangan, jika pihak lawan tidak mengenali musuh secara terperinci, bermakna, kebarangkalian untuk menang sangat tipis. Maka, dikerah dan ditugaskan para pengintip untuk menyeludup serta merisik kawasan musuh, dibongkarnya stratergi dan gerak-geri musuh. Dengan segala maklumat tersebut, maka persediaan pihak lawan dapat dilipat gandakan: rancangan diperhebatkan, stratergi dikemas kinikan dan segala peralatan kelengkapan disediakan sebanyak yang boleh demi sebuah kemenangan.
Begitu juga dengan pertempuran diri ini! Siapakah musuh sebenar yang selama-lamanya tidak akan wujudnya perdamaian? Musuh-musuh ini tidak dapat lihat dengan kaca mata kita, namun, sesungguhnya! Tidak kelihatannya itu menjadikan ia musuh paling bahaya dan licik pernah kita temui. Nah, kenalilah mereka!

1. Syaitan (ketuanya Iblis).

Iblis tidak akan henti-henti menggelincirkan anak Adam (manusia) daripada hidayah petunjuk Allah subhanahu wa taa’la. Sombong takburnya Iblis memandang rendah kepada manusia lantas berani melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Adam, lalu jatuh hinalah ia termasuk ke dalam golongan yang kufur sesat, dan neraka Jahannam sudah ditempah awal-awal tempat ia kembali.
“aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus[16] surah al-A’raaf
“aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya[39] surah al-Hijr
Itulah janji Iblis kepada Allah.
Kerja ia hanyalah menghasut manusia dengan pelbagai cara, sehinggakan ada yang mengikutinya sebagai askar-askarnya dalam kerja menyesatkan manusia.
Para pengikutnya ini dinamakan syaitan. Tatkala kita bermujahadah menentang syaitan ini, di samping itu, mohonlah perlindungan daripada Allah pagi dan petang [surah an-Naas] :
Katakanlah: “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia[1].
Yang Menguasai sekalian manusia[2],Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia[3],
dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam[4],
yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia[6] dari kalangan jin dan manusia[7].”
Oh. Ternyata askar-askar Iblis yang dinamakan syaitan ini terdiri daripada jin dan manusia. Ya, MANUSIA tergolong juga. Oleh itu, AWAS! Berhati-hatilah, bahawa manusia yang berjiwa syaitan juga turut melakukan kerja Iblis seperti ia janjikan.

2. Nafsu.

Syaitan adalah makhluk Allah yang secara peribadinya mendatangi manusia untuk menghasut dan menyesatkan.
Cuba kita amati elok-elok. Manusia ini bukanlah terdiri hanya batang tubuh jasadnya sahaja. Sesungguhnya, dalam dirinya itu terdapat nafsu di mana ia merupakan keinginan-keinginan kepada apa-apa sahaja.
Keinginan-keinginan itu, alQuran menamakannya syahwat, cuma cakap-cakap kita dan kamus bahasa kita yang menterjemahkannya sebagai nafsu.
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَتِ مِنَ النِّسَآءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَـطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ
وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأنْعَمِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَـعُ الْحَيَوةِ الدُّنْيَا وَاللهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَأَبِ
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diiginkan, berupa perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)[14].” surah ali Imran
Nafsu jikalau tidak dijinakkan, diri akan jadi payah untuk melawan dan kemenangan barangkali sangat jauh untuk kecapi. Nafsu ada tiga jenis :
(1) Amarah : jiwa yang tunduk kepada nafsu dan hasutan syaitan.
(2) Lawwamah : jiwa yang tertewas, jatuh terikut nafsu yang tercela itu akibat kelalaian dan cuai menurut perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.
(3) Mutmainnah : jiwa yang tenang akibat nafsu yang telah dijinakkan.
Nafsu mutmainnah tanda kita yang mengawal nafsu. jika nafsu itu ingin ‘mengamuk’, lalu dengan mudah sahaja untuk menenangkannya kembali. Ini yang perlu dicapai oleh setiap individu!
Kesimpulannya, kenali dua musuh ini adalah penting! Wajib tahu! Ingatlah, barangkali musuh dalam kalangan kita (manusia) boleh dijauhi selama-lamanya. Namun, syaitan dan nafsu, akan sentiasa bersama-sama kita sehingga akhir hayat. Dua keadaan sahaja, sama ada menjadi musuh selama-lamanya dengan tidak jemu bertarung dengannya;ATAU meyambut baik ajakan dan tunduk kepadanya.

PERIHAL RUMAHTANNGA: 5 Petua Melambatkan Pancutan Air Mani Ketika Bersetubuh

Seperti yang kita tahu, lelaki cenderung untuk mengalami orgasm lebih cepat dari perempuan. Biasanya lelaki apabila melakukan hubungan seks akan mengalami ejakulasi lima hingga sepuluh minit pertama manakala masa purata bagi perempuan adalah sepuluh hingga lima belas minit.


Di sebabkan itu permainan foreplay adalah penting supaya wanita akan terangsang sepenuhnya apabila anda mula melakukan hubungan seks dan mereka cenderung untuk mengalami orgasm lebih awal dari anda.

Namun, ada juga perempuan yang memang liat untuk mengalami orgasm sehingga mengambil masa lebih 30 minit untuk mereka mengalami orgasm. Ini terjadi mungkin di sebabkan memang sifat wanita itu memang susah untuk mengalami orgasm. Petua ini akan memberi anda lima cara berkesan untuk anda tahan lebih lama di ranjang.

Timing rangsangan.

  • Bermain masa dengan ejakulasi anda. 
  • Apabila anda terasa ingin mengalami orgasm, anda tarik zakar anda dari vagina dan biarkan ketegangan orgasm berkurangan. 
  • Untuk elakkan pasangan anda hilang sensasinya, anda undur zakar anda dan ubah pada posisi yang lain pula.
  • Anda juga boleh meramas buah dada pasangan anda dan mencium bahagian G-Spot atau mejilat "biji kelentit" sambil mengurangkan ketegangan orgasm anda. 
  • Selepas beberapa ketika, anda teruskan kembali persetubuhan dengan pasangan anda.

Posisi seks : Zakar lebih dalam di dalam vagina.

  • Cara kedua adalah memastikan zakar anda boleh menjolok vagina pasangan anda lebih dalam lagi. 
  • Salah satu caranya adalah melalui posisi duduk di mana perempan meluruskan kakinya dan anda bersetubuh
  • sambil duduk. 
  • Masukan zakar dalam ke lubang vagina akan merangsang pasangan anda untuk mengalami orgasm lebih cepat dari anda.

Pakai kondom

  • Cara ini mungkin anda tidak akan ikut tetapi ia berkesan untuk memanjangkan masa di ranjang. 
  • Pemakaian kondom menyebabkan zakar anda tidak mudah terangsang anda akan bertahan dengan lebih lama.

Melancap @ blowjob sebelum bersetubuh.

  • Anda boleh melancap sebentar di bilik air sebelum bersetubuh. 
  • Ejakulasi kedua selalunya akan mengambil masa yang agak lama untuk keluar. 
  • Selain melancap, anda juga boleh minta pasangan anda untuk blowjob zakar anda sehingga keluar air mani.

Tukar rentak.

  • Apabila anda rasa ingin keluar tetapi pasangan anda belum, anda boleh memperlahankan kayuhan  zakar anda. 
  • Lakukan tujahan laju dan perlahan secara berselang seli. 
  • Apabila anda sudah rasa ok, anda lajukan kembali rentak persetubuhan anda.
Sumber : Tissue
View the original article here

View the original article here

Tips Mudah Untuk Wanita Berjimat Cermat

Hiasan

Setiap kali gaji, anda cuba menjadi seorang yang bijak berbelanja dan membuat simpanan dengan jayanya. Namun, anda tetap gagal mengesan bagaimana dan di mana wang anda banyak dihabiskan.


1. Simpan resit untuk rekod
Kebiasaannya, anda mencatat apa yang anda belanjakan tetapi kertas yang dicatat berakhir di dalam tong sampah. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda mencatat perbelanjaan.

Pertama, kaedah manual di mana anda menulis apa yang anda belanjakan di dalam buku nota kecil anda. Pastikan buku nota kecil dan bukan di atas seheli kertas kecil. Setiap kali anda berbelanja, anda catat dan anda menyimpan resit untuk dikira kemudian. Namun, ia sesuai untuk anda yang konsisten mencatat perbelanjaan dan gemar menyimpan resit.

Kaedah software sesuai buat anda yang suka kekemasan dan ketepatan. Gunakan program seperti Excel, Google document atau Quicken untuk memasukkan belian dan caj kad kredit anda. Jika anda seorang yang teliti dan penyabar, nilai kecil pun akan dikira dalam perbelanjaan harian.

Jika anda seorang yang 'mesra' telefon bimbit, anda boleh lakukannya di hujung jari menerusi kaedah laman web atau aplikasi tertentu. Guna perkhidmatan percuma seperti Mint, Buxfer atau BudgetPulse. Jika anda yakin data anda selamat, anda boleh merekod perbelanjaan anda dengan lebih mudah di samping alat pengiraan yang disediakan.

2. Jadi lebih berdisiplin
Jika sebelum ini anda mewajibkan setiap bulan perlu memiliki pakaian baru, lupakan niat itu. Bayangkan berapa wang anda dihabiskan setiap kali pergi ke pusat beli belah. Cara terbaik untuk mengetahui perbelanjaan tetap adalah dengan membeli barang yang diingini seperti pakaian, minyak wangi, barang kemas, alat komestik dan kasut setiap enam bulan sekali. Hakikatnya barang seperti ini adalah barangan tahan lama yang boleh dipakai pada tempoh yang panjang melainkan sudah lusuh dan tidak muat.

Elak kerap makan di luar kerana ia akan menjadi satu tabiat buruk buat keluarga anda. Jika anda kerap makan di luar, anda boleh membuatkan anak-anak anda tidak mempunyai selera untuk makan masakan anda. Mampukah anda bertahan apabila separuh gaji anda dihabiskan untuk makan di luar?

3. Tinggalkan baki wang gaji
Terpulang pada anda sama ada membahagikan wang gaji anda kepada beberapa bahagian dan selebihnya dibiar di dalam akaun atau mengeluarkan kesemua wang gaji anda dan kemudian simpan di dalam bekas selamat di dalam rumah, yang penting anda menyimpan.

Apabila anda menyimpan, anda bukan saja perlu lebih bertanggungjawab tetapi lebih berdisiplin untuk tidak 'mengusik' wang simpanan anda. Wang simpanan anda bukan bertujuan untuk membeli barang keinginan anda seperti telefon bimbit, set barang kemas mahupun apa saja barang keinginan yang sudah anda perolehi tetapi wang simpanan bertujuan untuk kecemasan. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu berhutang apabila salah seorang ahli keluarga anda sakit atau kereta rosak.

Meskipun perkara berjimat ini sangat klise di dalam kehidupan, tetapi masalah kesempitan wang tetap berlaku. Setidak-tidaknya, perkara di atas serba sedikit membantu anda untuk lebih berjimat dan berjaya menjejak ke mana hala wang anda banyak dihabiskan.  Setuju?

sumber: sedri dewi keluarga

Tip Rawat Jerawat Terpantas!

hiasan
Gambar hiasan

Siapa kata jerawat tidak boleh dirawat dengan pantas? Entri kali ini membongkar lima bahan yang boleh membantu anda merawat jerawat untuk beberapa jam supaya hari anda bersama si dia lebih sempurna.  Sekurang-kurangnya, ia mampu 'menyembunyi' jerawat yang kelihatan ketara sebelum si dia menegur.

1. Garam
Garam dipercayai mampu mengecutkan jerawat selama beberapa jam sahaja. Hanya campur dengan sedikit air, pastikan anda menyapu garam pada tempat jerawat sahaja dan bukan ke seluruh wajah. Sedikit garam pada jerawat sudah memadai.

2. Lemon
Jus lemon bukan saja membantu membunuh bakteria tetapi ia juga dikatakan peluntur semula jadi. Menyapu sedikti jus lemon pada jerawat boleh membantu kulit wajah anda bebas bakteria dan memudar parut jerawat.

3. Ais
Menekap ais pada jerawat membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat pada masa yang singkat. Elak letak ais pada tempoh yang lama kerana ia mungkin akan menyebabkan kulit anda terkena 'gigitan ais'.

4. Ubat Titis Mata
Mungkin ada yang tidak percaya bahawa ubat titis mata boleh membantu mengurangkan kemerahan jerawat dan menjadi kecil. Meski pun rawatan ini berkesan untuk beberapa jam tetapi sekurang-kurangnya ia sangat membantu untuk anda yang ada 'date' dengan pasangan atau anda perlu hadiri interviu.

5. Halia
Dikenali sebagai anti-radang, halia membantu mengecutkan dan mengatasi kemerahan jerawat pada wajah. Bukan saja murah tapi boleh disapu pada bila-bila. Hiris nipis dan tampalkan saja pada wajah. Jika terlebih rajin, ambil jusnya dan tekap saja.

Mungkin ada yang merasa pelik akan kemujaraban bahan-bahan ini tetapi tidak salah mencuba kerana ia lebih murah, mudah didapati  dan dijamin selamat. Apa yang penting, ia mampu mengabur mata pasangan anda untuk beberapa jam sebelum berjumpa. Tak gitu?

sumber: nona

Thursday, 12 March 2015

Tidur Buat Wanita Lebih Cantik Dan Sihat?

Hiasan

Tidur memang menyenangkan namun tahukah anda bahawa ketika anda sedang melelapkan mata sambil bermimpi indah, sistem tubuh badan anda melakukan perkara menarik. Tapi usah risau kerana ianya normal.


1. Suhu Tubuh Badan Turun
Menurun pakar tidur dan psikologis klinikal di Scottsdale yang juga penulis untuk buku "The Sleep Doctor's Diet Plan: Lose Weight Through Better Sleep" iaitu Michael Breus, suhu tubuh badan akan berkurangan sebaik saja anda tidur. Penurunan suhu memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan melatonin yang boleh menjejaskan kitaran tidur. Suhu paling rendah sekitar 2:30 pagi.

2. Kurang Berat Badan
Cara terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah ketika waktu pagi dan bukannya waktu petang. Anda kehilangan air melalui berpeluh dan bernafas keluar udara lembap pada waktu malam. Ia juga boleh berlaku pada waktu siang tetapi saat anda makan dan minum semasa berjaga tidak membantu untuk kurang berat badan. Jika anda hanya tidur empat atau lima jam setiap malam, anda sudah tidak memerlukan diet dan juga senaman. Untuk mengecilkan pinggang, sekurang-kurangnya anda memerlukan waktu tidur selama tujuh jam.

3. Ketinggian Bertambah
Sebaik saja anda bangun tidur, anda tidaklah berubah menjadi tinggi persis model tetapi saat anda tidur, anda beroleh sedikit ketinggian. Cakera di dalam tulang spina anda sebagai kusyen di antara tulang menghidrat semula dan menjadi lebih besar kerana berat badan anda tidak menekan  di atasnya seperti anda berdiri. Jika anda mempunyai tilam yang pejal, tidur mengiring seperti kanak-kanak merupakan kedudukan baik untuk mendapatkan lebih ketinggian kerana ia mengurangkan beban belakang anda.

4. Tekanan Darah, Kadar Jantung Berkurang
Apabila anda berehat, tubuh badan anda tidak perlu bekerja dengan kuat untuk mengepam darah maka sistem tubuh akan perlahan. Tekanan darah perlu berehat waktu malam supaya otot jantung dan sistem peredaran darah mempunyai masa untuk rehat dan perbaiki. Adalah penting buat anda yang mempunyai masalah tekanan darah untuk mendapatkan tidur selama tujuh jam.

5. Otot 'Lumpuh' Sementara
Bunyi seakan ngeri hakikatnya ia membantu mencegah anda melakukan perkara yang bukan-bukan pada lewat malam. Menurut Lisa Shives iaitu seorang pakar ubat internis dan tidur, meskipun keadaan berjalan ketika tidur merupakan situasi yang jarang berlaku namun ia sesuatu yang bahaya. Jadi, 'lumpuh' sementara inilah yang menyelamatkan anda saat tidur!

6. Keinginan Seks Tinggi
Sepertimana lelaki mengalami ereksi saat tidur, wanita juga boleh menjadi terangsang bukan kerana anda bermimpi Brad Pitt tetapi otak lebih aktif saat tidur. Lebih oksigen diperlukan sehingga akhirnya aliran darah mengalir keseluruhan badan terutama kawasan yang membangkitkan keghairahan anda. Mungkin ini punca anda bangun tiba-tiba pada lewat malam!

7. Angin Mudah Keluar
Anda mungkin tidak suka mendengar perihal berkaitan angin, gas atau erti kata kentut! Ketika anda tidur, otot sfinkter dubur anda melonggar sedikit sehingga ia memudahkan anda membuang angin. Berita baiknya apabila deria hidu berkurangan saat tidur. Disebabkan itulah loceng kecemasan kebakaran dicipta kerana anda sukar menghidu ketika sedang tidur.

8. Kekejangan Seluruh Tubuh
Kebanyakan orang pernah mengalami tubuh badan tiba-tiba merasa sentakan dan ia adalah normal. Seramai 70% orang mengalami fenomena ini di mana otot tiba-tiba kontrak (nama teknikal untuk masalah sentakan ini adalah hypnic). Beberapa pakar berpendapat ia mungkin ada berkaitan dengan rasa kebimbangan atau jadual tidur yang tidak teratur.

9. Penghasilan Kolagen Meningkat
Kolagen merupakan protin yang menguatkan saluran darah dan menganjalkan kulit. Ketika anda tidur, hormon pertumbuhan dilepaskan untuk menukarkan sel lemak kepada tenaga malah merangsang pertumbuhan kolagen. Memandangkan kolagen terhasil saat anda tidur, krim pelembap wajah yang mengandungi retinol dan retinoid adalah baik digunakan sebelum masuhk tidur kerana ia meningkatkan penghasilan kolagen yang membantu mengatasi masalah pigment dan melawan kedutan.

Jadi, jangan bertindak menolak untuk tidur kerana khuatir muka menjadi besar mahupun sembab. Semuanya tidak benar kerana tidur yang cukup bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga kecantikan!