Siapa kata jerawat tidak boleh dirawat dengan pantas? Entri kali ini membongkar lima bahan yang boleh membantu anda merawat jerawat untuk beberapa jam supaya hari anda bersama si dia lebih sempurna.  Sekurang-kurangnya, ia mampu 'menyembunyi' jerawat yang kelihatan ketara sebelum si dia menegur.

1. Garam
Garam dipercayai mampu mengecutkan jerawat selama beberapa jam sahaja. Hanya campur dengan sedikit air, pastikan anda menyapu garam pada tempat jerawat sahaja dan bukan ke seluruh wajah. Sedikit garam pada jerawat sudah memadai.

2. Lemon
Jus lemon bukan saja membantu membunuh bakteria tetapi ia juga dikatakan peluntur semula jadi. Menyapu sedikti jus lemon pada jerawat boleh membantu kulit wajah anda bebas bakteria dan memudar parut jerawat.

3. Ais
Menekap ais pada jerawat membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat pada masa yang singkat. Elak letak ais pada tempoh yang lama kerana ia mungkin akan menyebabkan kulit anda terkena 'gigitan ais'.

4. Ubat Titis Mata
Mungkin ada yang tidak percaya bahawa ubat titis mata boleh membantu mengurangkan kemerahan jerawat dan menjadi kecil. Meski pun rawatan ini berkesan untuk beberapa jam tetapi sekurang-kurangnya ia sangat membantu untuk anda yang ada 'date' dengan pasangan atau anda perlu hadiri interviu.

5. Halia
Dikenali sebagai anti-radang, halia membantu mengecutkan dan mengatasi kemerahan jerawat pada wajah. Bukan saja murah tapi boleh disapu pada bila-bila. Hiris nipis dan tampalkan saja pada wajah. Jika terlebih rajin, ambil jusnya dan tekap saja.

Mungkin ada yang merasa pelik akan kemujaraban bahan-bahan ini tetapi tidak salah mencuba kerana ia lebih murah, mudah didapati  dan dijamin selamat. Apa yang penting, ia mampu mengabur mata pasangan anda untuk beberapa jam sebelum berjumpa. Tak gitu?

sumber: nona