Friday, 27 March 2015

Tazkirah: Kenapa Allah jadikan kita semua dan kita semua hendak ke mana?

Tazkirah: Kenapa Allah jadikan kita semua dan kita semua hendak ke mana?

Bismillah pembuka bicara,
Allah Swt telah berfirman dalam Al-Quran iaitu Kalamullah yg dibukukan, Auzubillahiminasysyaitonirrojim,

??? ???? ????? ??????

Bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Bagi menjawab persoalan di atas, kenapa Allah jadikan kita yakni kita semua makhluk yg diatas muka bumi yang bernyawa: malaikat, manusia, jin, haiwan, serangga, tumbuh-tumbuhan dan yang tidak bernyawa seperti batu, air, tanah, pasir, besi, udara, angin, api, planet2, bintang, bulan dan matahari adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah dalam surah Al-Alaq (wahyu pertama) di awali dengan menyebut tentang penciptaan manusia:

????? ??? ??? ???? ???? ??? ??????? ?? ???.

Maksud: Bacalah (olehmu wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, yang mencipta manusia dari segumpal darah.

Allah Maha Mencipta. Dia menciptakan kita spesis manusia dari segumpal darah beku. Sains telah membuktikan kebenaran ayat Allah. Alhamdulillah syukur kerana kita telah dihidupkan dan diberi nafas untuk bernyawa di dunia. Perkara utama yang ingin ditekankan di sini ialah apakah tujuan Allah mencipta kita, seterusnya memberi nyawa dan kehidupan, seterusnya diberi makan dan minum untuk meneruskan kelangsungan hidup ini? Allah tidak menjadikan kita sia-sia. Firman Allah: ?? ??????? ???? bermaksud: Kami (Allah) tidak menjadikan kamu (manusia dan seluruh makhluk) sia-sia (tanpa tujuan).

Sesungguhnya Allah bertujuan baik mencipta dan menghidupkan kita. Dia mahu kita mentadbir bumi sebagai khalifah. Dia mahu kita kita menguruskan dunia ini dengan bijak dan sebaiknya. Dia mahu kita bersyukur dengan beribadah padaNya. Dia mahu kita melaksanakan titah perintahNya kerana kita adalah hambaNya. Dia mahu kita menggunakan sebaik-baik nikmat yang Allah beri untuk kesenangan dan kebahagiaan hidup. Dan nikmat yang terbaik ialah nikmat Iman dan Islam. Banyak tujuan Allah kenapa menjadikan kita. Antaranya untuk menguji amalan (liyabluakum ayyukum ahsanu amalan:surah almulk-ayat 2) siapakah antara kita yang terbaik amalannya. Lalu Allah mengutuskan seorang rasul untuk membimbing kita.

Allah menyeru kita berdakwah (amar makruf nahi mungkar).. Setiap perbuatan, perkataan dan gerak hati kita termasuk dalam makruf (kebaikan) yang Allah ganjari dengan pahala, bukan mungkar (kejahatan) yang Allah mungkari dan murkai.

Allah menyeru kita berjamaah. Maksud umum jamaah ialah satu kumpulan ramai. Maksud khusus jamaah ialah satu kumpulan ramai yang bersatu bergabung mengerjakan titah perintah, menjauhi larangan dan mengamalkan Sunnah junjungan pesuruhNya iaitu Nabi Muhammad saw. Jamaah merupakan Ummah, ummah merupakan jamaah, sama-sama mencari keredhaan Allah (Mardhatillah). Politik siasah adalah pilihan dan menjadi kewajipan pula ke atas orang yang beriman untuk membina kesatuan jamaah bagi menegakkan titah perintah Allah, amar makruf nahi mungkar, serta mentadbir negara (daulah) dan masyarakat berteraskan agama (persoalan "bolehkah kita menjalani kehidupan tanpa agama" telah di jawab sebelum ini, sila rujuk posting lepas). Hendaklah kita mengakui bahawa kita semua adalah anggota ahli jemaah/jamaah Islam.

Allah menyeru kita melakukan kebaikan (??????? ?????)
Antara kebaikan yang boleh kita lakukan ialah:
- Ibadah khusus (wajib) seperti solat, puasa, zakat, haji.
- Ibadah umum (sunat dan harus) seperti membaca Al-Quran, berzikir dan bertahlil, menuntut ilmu, belajar dan mengajar orang lain, bersedekah, memberi bantuan kepada orang yang ditimpa bencana dan kesusahan, ziarah melawat orang sakit, menghantar jenazah ke perkuburan, memberi hadiah, memberi ucapan baik dan nasihat, menyampaikan ayat-ayat Allah dan Hadis nabi, menyambut kelahiran Nabi, menyambut kelahiran anak , berselawat, bercukur, berkhatan, bekerja mencari nafkah untuk menyara anak isteri, berjihad dan berbagai-bagai lagi.
- Berakhlak dengan akhlak yang baik dan terpuji seperti taat, tawaduk, taqwa, ikhlas, amanah, jujur, berintegriti dll.

Allah menyeru kita menjauhi kemungkaran, fasad dan Toghut (???????? ???????)
Antara kemungkaran ialah dosa maksiat, fasiq (??? ??????) dan jenayah (berzina, rogol, liwat, mencuri, merompak, membunuh, murtad, minum arak). Meninggalkan solat, puasa, zakat dan haji juga satu bentuk kemungkaran yang ditegah. Mendedahkan aurat, merokok (???????), menghisap dadah, leka berhibur (?????), berlaku zalim menindas orang lain, menyakiti saudara, menipu, memaki, mengumpat, mengadu domba, memfitnah adalah antara bentuk perbuatan yang ditegah dan wajib dicegah. Kemungkaran juga melibatkan dosa hati seperti menunjuk-nunjuk (????), bangga diri, takabur, sombong, dengki dan iri hati, ujub, tidak percaya/beriman dengan ayat dalam kitab Allah (AlQuran), kafir (menolak, melawan hukum Allah), tidak percaya dengan qada' qadar dan hari akhirat dan sebagainya. Janganlah kita mengikut telunjuk iblis dan syaitan.

Persoalan kedua, ke mana kita semua akan pergi. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. ??? ??? ???? ???? ??????

Dunia adalah permulaan, manakala akhirat adalah pengakhiran. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan merasai mati. Firman Allah: ?? ??? ????? ?????
Firman Allah lagi: ?? ?? ????? ???? ????? ??? ??? ??? ?????? ???????? maksudnya: semua yang berada di atas (dunia) akan hancur musnah (fana), dan kekallah wajah Tuhanmu yang Maha Memiliki Kemuliaan.

Menyedari hakikat ini (bahawa kita hidup di dunia dan akan mati menempuh akhirat) , kita sebagai manusia dan makhluknya hendaklah sentiasa sedar untuk beramal, beistiqomah berada di atas jalanNya yang lurus (Sirotolmustaqim) yakni Islam dan sentiasa bersedia menghadapi kepastian iaitu ketetapan mati. Dalam kita mengerjakan titah perintah Allah seperti Solat, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri kita supaya kita di akhir nanti mati dalam keadaan Husnul Khatimah (penutupan yg baik) bukan su'ulkhatimah, bertemu dengan Azza wajalla robbul izzati dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang soleh, beriman dan bertaqwa. Moga Allah tetapkan iman dan Islam kita semua sepanjang masa, setiap saat dan ketika dan diberi ilmu serta hidayah agar tercapai maksud dan tujuan "kenapa Allah jadikan kita semua dan kita semua hendak ke mana".

Lailahaillallah


View the original article here

Khutbah Jumaat Pertama Rasulullah



Memandangkan hari ni hari Jumaat, saya nak post perkara yang berkaitan dengan hari Jumaat...jom kita hayati bersama...InsyaAllah.


Rasulullah melakukan solat Jumaat pertama kalinya di Wadi Ranuna, kira-kira 1 kilometer dari Masjid Quba. Di sana kini berdirinya sebuah masjid bernama Masjid Jumaat.







khutbah, jumaat, pertama, mimbar, rasulullah, masjid, nabawi, cerita, renungan
mimbar Rasulullah di Masjid Nabawi

*****


Segala puji bagi Allah, kepada-Nya saya memohon pertolongan, ampunan dan petunjuk. Sata beriman kepada Allah dan tidak kufur kepada-Nya. Saya bersaksi tiada tuhan selain Allah dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah. Dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama yang benar, dengan cahaya dan pelajaran, setelah lama  tidak ada rasul yang diutus, ketika sedikitnya ilmu dan banyaknya kesesatan pada manusia di kala zaman menjelang akhir dan ajal kian dekat. 


Siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, dia mendapat petunjuk. Siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, dia melampaui batas dan tersesat dengan kesesatana yang sangat jauh.


Saya berwasiat kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah. Ia adalah wasiat terbaik bagi seorang Muslim. Seorang Muslim perlu selalu mengingati akhirat dan menyeru kepada ketaqwaan kepada Allah. Berhati-hati terhadap yang diperingatkan Allah. Kerana itu adalah peringatan yang tiada tandingannya. Ketaqwaan kepada Allah yang dilaksanakan kerana takut kepada-Nya, ia memperoleh pertolongan Allah atas segala urusan akhirat.


Siapa yang selalu memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, sama ada ketika sendirian mahupun di tengah orang ramai, dan dia melakukan semata-mata hanya mengharapkan redha Allah, baginya kejayaan di dunia dan ganjaran pahala setelah mati, iaitu ketika setiap orang mengharapkan balasan atas apa yang dilakukannya. 


Jika tidak melakukan semua itu, pasti dia berharap agar masanya menjadi lebih panjang. Allah memperingatkan kamu akan seksa-Nya dan Allah mengasihi hamba-hamba-Nya


(Surah Ali-Imran : 30)


Dia adalah Zat yang benar firman-Nya, melaksanakan janji-Nya dan semua itu tidak pernah diingkari. Allah berfirman :


Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku.


(Surah Qaf : 29)


Kerana itu bertaqwalah kalian kepada Allah dalam urusan sekarang mahupun yang akan datang, sama ada secara rahsia atau terang-terangan.


Sesungguhnya barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.


(Surah At-Thalaq : 5)


Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.


(Surah Al-Ahzab : 71)


Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah menghindarkan dari kemarahan, hukuman dan kemurkaan-Nya. Taqwa kepada Allah menjadikan wajah bersinar terang, membuatkan Allah redha dan meninggikan darjat. Lakukan dengan sepenuh kemampuan kalian dan jangan sampai kurang di sisi Allah.


Dia telah mengajarkan kepada kalian dalam kitab-Nya dan membentangkan jalan-Nya untuk mengetahui siapa yang benar dan untuk mengetahui siapa yang dusta.


(Surah Al-Anjabut : 3)


Justeru itu, kamu perlu berbuat baik, sebagaimana Dia berbuat pada kalian dan musuhi musuh0-musuh-Nya. Berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dia telah memilih dan menamakan kalian sebagai Muslim


(Surah Al-Hajj : 78)


Agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata.


(Surah Al-Anfal : 42)


Tiada daya upaya, kecuali hanya dengan kekuatan Allah. Kerana itu, banyakkan mengingati Allah dan beramal demi kehidupan setelah mati. Orang yang membangun hubungan baik dengan Allah, Dia juga mengeratkan hubungan orang itu dengan manusia lainnya.


Kerana Allah yang memberi ketetapan kepada manusia, sedang manusia tidak mampu memberi ketapan kepada-Nya. Dia menguasai manusia, sedang manusia tidak dapat menguasai-Nya. Allah itu Maha Agung. Tiada daya dan kekuatan selain dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


*****


*isi khutbah Rasulullah ini sebagaimana juga disebutkan dalam Tarikh Thabari, Tafsir Al-Qurthubi, Subul Al-Huda wa ar-Rasyad dan Al-Bayan Al-Muhammadi karya Dr Mustafa Asy-Sya’kah. Penjelasan ini juaga diperkuat dengan keterangan Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Katsir


APA YANG KITA DAPAT DARI KHUTBAH NI



  • Allah mengutus seorang Nabi setelah sekian lama tidak ada Rasul dan ketika kejahilan dan kesesatan berleluasa.


  • Asas iman adalah mentaati Allah dan Rasul.


  • Orang Islam perlu sentiasa mengingati hari akhirat dan bertaqwa kepada Allah.


  • Kita perlu berikan perhatian serius terhadap semua peringatan Allah.


  • Ketaqwaan kepada Allah boleh memberikan pertolongan kepada seseorang yang beriman di hari akhirat.


  • Orang yang memelihara hubungan dengan Allah sama ada secara sembunyi atau terang-terangan, dia akan mendapat kejayaan di dunia dan ganjaran pahala selepas mati.


  • Ketaqwaan kepada Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan melipat gandakan pahala.


  • Orang yang mengeratkan hubungannya dengan Allah, Allah juga akan mengeratkan hubungannya dengan manusia lain.


  • Berbaiklah kepada Allah seperti mana Allah berbaik dengan kita.


  • Ketaqwaan kepada Allah menjadikan wajah bersinar dan mendapat keredhaan Allah.

Semoga kita sama-sama menghayati khutbah Rasulullah ini dan menjadikannya sebagai pesanan penting untuk diri kita.



*sumber : Khutbah Rasulullah, susunan Rohidzir Rais, terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.


View the original article here

Tuesday, 24 March 2015

Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman




Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman



Orang Yang Tak Sedarkan Diri


Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" (HR Muslim)


Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik


Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah  SAW "Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik" (HR Ibnu Ady)


Menjual Agama Kerana Dunia


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi)


Pendusta Dan Pengkhianat


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah)


Kefasikan Berleluasa


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) umpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia" (HR Muslim)


Penindasan Terhadap Umat Islam


Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)


Namanya Saja Islam


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi)


Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini


Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka" Sahabat bertanya "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?" Nabi SAW menjawab "Siapa lagi?" (HR Muslim)


Ulama Tidak Dipedulikan


Daripada Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan daku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" (HR Ahmad)


Ulama Agama Semakin Berkurang


Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim)


Golongan Anti Hadis


Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan" (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) "Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT" (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)


Berbangga-Bangga Dengan Masjid


Daripada Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid" (HR Abu Daud)


Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah


Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat" (HR Ibnu Majah)


Penyakit Umat Islam Masa Kini


Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi" (HR Hakim)


Perangkap Riba


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya" (HR Ibnu Majah)


Manusia Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta, apakah daripada sumber yang halal atau pun haram" (Riwayat Muslim)


Banyaknya Sumber Galian


Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata "Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita" Lalu Nabi SAW menjawab "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat "  (HR Baihaqi)


Khamar


Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi" (HR Ibnu Majah)


Banyaknya Perzinaan


Daripada Anas r.a. Beliau berkata "Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan" (HR Bukhari Muslim)


Berpakaian Tetapi Telanjang


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)


Perilaku Manusia Masa Kini


Daripada Aisyah r.a. Beliau berkata "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)


Anak Menjadi Tuan Kepada Ibunya


Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW " Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?" Lalu Nabi  SAW menjawab, "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya" maka Nabi  SAW menjawab "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan" (Riwayat Muslim)


Peperangan Demi Peperangan


Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi "al-Harj". Sahabat bertanya "Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)


Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan


Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu" Dalam riwayat lain disebutkan "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka sesiapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut" (HR Bukhari Muslim)


[Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas dalam Hadis ini sebenarnya petroleum]


Waktu Terasa Pendek


Daripada Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api" (HR Tirmizi)


Hilangnya Sifat Amanah


Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …"Kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan "Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." (HR Bukhari & Muslim)


Islam Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan


Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada satu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini daripadanya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki, dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)


Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata "Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam satu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW "Bilakah akan terjadi hari Kiamat?" Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata "Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya" Sementara yang lain berkata "Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu" Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda "Di manakah orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut "Ya! Saya wahai Rasulullah" Maka Nabi SAW bersabda "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat" Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?" Nabi SAW menjawab "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat" (HR Bukhari)


Kebinasaan Umat Islam


Daripada Ummul Mukminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah  SAW), beliau berkata,"(Pada suatu hari) Rasulullah  SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, LAILAHAILLALLAH, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjuj dan Makjuj seperti ini", dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak" (Riwayat Bukhari & Muslim)


Punca Kebinasaan Seseorang


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya" Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?" Nabi SAW menjawab "Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)


Perselisihan Yang Banyak


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata "Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami" Lalu baginda pun bersabda "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Golongan Yang Selamat


Daripada 'Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya "Golongan mana yang selamat?" Nabi SAW menjawab "Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)


Orang Asing


Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)


Kepayahan Orang Yang Beriman


Daripada Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda ''Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi)


Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki" Lalu Nabi SAW bersabda "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu" (HR Tirmizi)


Golongan Yang Sentiasa Menang


Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari)


Pertempuran Dengan Dajal


Daripada Nafi' bin Utbah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Dajal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.” (HR Muslim)


View the original article here

Nasihat Imam Hanbali



Imam Hanbali adalah seorang ilmuwan yang sangat hebat. Beliau telah digelar Al-Hakam kerana menghafal lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam berkenaan ilmu hadis. Belia juga sangat kuat beribadat dan sangat menghormati gurunya. Beliau telah menghafaz keseluruhan Al-Quran ketika umurnya 14 tahun. Imam Hanbali juga pernah menjadi anak murid Imam Syafie. Hidup beliau juga penuh dengan ujian kerana beliau pernah ditangkap, dipenjara dan disebat dengan rotan kerana beliau menentang fahaman Muktazilah yang sedang tersebar luas pada waktu itu...


nasihat, imam, hanbali, hambali, pantai, cantik, matahari, terbenam, turun, renungan, islamik

Marilah kita sama-sama menghayati nasihat beliau ini. Mungkin boleh dijadikan panduan hidup kite bersama :



  • Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.


  • Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.


  • Diam orang berilmu kerana takut dan taqwa. Diam orang jahil kerana tidak berilmu.


  • Manusia yang berkehendakkan ilmu seumpama orang yang berkehendak kepada makanan dan air.


  • Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah.


  • Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.


  • Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan. Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.


  • Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana ahli hadis tidak bercakap menurut pendapat sendiri.


  • Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisi Rasulullah.




View the original article here

Nasihat Imam Malik


Imam Malik... Beliau adalah pengasas Mazhab Maliki yang ada pada hari ini. Nama sebenar beliau adalah Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris. Beliau dilahirkan di Madinah Munawwarah pada 93 H/713 M dan meninggal dunia pada usia 89 tahun.


nasihat, imam, malik, pesa, pantai, pemandangan, beautiful, view, beach, pantai, view
Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Salah satu kitab beliau yang terkenal adalah kitab al-muwattak.

Mari kita sama-sama hayati dan renungi nasihat beliau ini :



  • Ilmu itu adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.


  • Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang bertaqwa dan khusyuk.


  • Apabila seseorang itu zuhud, Allah akan beri nikmat padanya.


  • Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak  antara dua perkara, ambillah yang mana lebih meyakinkan.


  • Siapa mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dirinya dahulu ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat darinya.


  • Perumpamaan orang munafik yang berada dalam masjid itu seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila sangkar terbuka, maka mereka berebut-rebut keluar.


  • Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti apa yang ditanya pada nabi.


  • Apabila seseorang itu memuji dirinya, maka hilanglah kebijaksanaannya.


  • Orang yang menuntut ilmu agama pastilah warak, bersikap tenang dan bertaqwa.

imam, malik, kitab, muwattak, muwatta, mazhab, maliki


  • Seorang yang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya menjadikan ilmu itu hina.


  • Apabila kamu ditanya sesuatu perkara, kamu perlu perhalusi dan teliti pendapat kamu dengan pelbagai pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kotoran emas.


  • Allah tidak kasih kepada hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang berilmu.


  • Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya hanya menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kurangkanlah bercakap.


  • Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik pada dirinya sendiri, maka dia pun tidak baik di sisi manusia.


  • Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya arif dalam sesuatu perkara sedangkan orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.


Semoga nasihat beliau ini dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. InsyaAllah.


View the original article here

Saturday, 21 March 2015

Hina Nabi, Caci Islam: Legasi Daripada Sejarah Kebodohan

legasilegasi
















Gas hidrogen amat mudah terbakar dan kerana itulah ia banyak dihasilkan secara industri untuk pelbagai kegunaan, termasuk dalam pembuatan bom dan bahan peledak. Gas hidrogen turut menjadi unsur penting dalam pembentukan air dan menurut formula kimia, air sebenarnya terhasil kesan percampuran dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen.Bagimanapun proses menghasilkan air daripada sebatian hidrogen dan oksijen adalah terlalu sukar dan memerlukan kos yang terlampau besar.

Mengenai kebodohan, Harlan Ellison sendiri pernah mengalaminya, iaitu sewaktu berkahwin untuk kali ketiga dan keempat. Perkahwinan ketiga pada tahun 1966 dengan Lorry Patrick, dan keempat pada tahun 1976 dengan Lori Horowitz, berakhir selepas tujuh minggu dan lapan bulan.

Erik Durschmied menamakan kebodohan dengan istilah Hinge Factor. Meskipun keputusan untuk berperang itu adalah bodoh, dari dari zaman kuda Trojan (maksudnya zaman kuno) hinggalah kepada Perang Teluk, diselubungi hakikat membuktikan tahap keperwiraan, ia terus menyebabkan banyak keputusan-keputusan bodoh.

Kata Erik, “Many conflicts have been decided by the caprice of weather, bad intelligence, heroism where it wasn’t expected, or individual incompetence—in other words, the unpredictable. In military terms, the incident which can swing a battle from victory to defeat in a moment is known as the Hinge Factor.” (The Hinge Factor: How Chance and Stupidity Have Changed History, 1999).

Secara sinis pula, Michael Moore, penulis dan penerbit filem dokumentari turut menyelar sikap pengundi AS dalam membuat keputusan untuk memilih George Walker Bush ketika merebut jawatan presiden dengan Alberto Gore, pada tahun 1999. G.W Bush dinilai seorang pemimpin yang tidak serius dan dianggap sebagai seorang presiden paling bodoh yang pernah berada di Rumah Putih. G.W Bush hanya ingin melanjutkan legasi bermusuh dan menciptakan lebih banyak peperangan, kerana beliau sebenarnya disokong oleh rakan-rakan yang gilakan perang.

Peperangan boleh menghasilkan lebih banyak kekayaan kepada pihak tertentu. G.W Bush berhasrat untuk menebus kekalahan bapanya, George Herbert Bush (1924-1993) untuk menduduki Rumah Putih bagi penggal kedua apabila dicabar oleh calon Demokrat, Bill Clinton pada tahun 1988. (Michael Moore, Stupid White Men... and othe Sorry Excuses for the State of Nation!, 2001)

Buku tersebut diterbitkan pada awal tahun 2002, tetapi garapannya adalah sebelum meletusnya Tragedi 911. Sehingga diterbitkan dalam edisi murah (paperback), sudah lima juta naskhah dijual dalam tempoh dua tahun. Ini bermakna, ramai yang percaya bahawa Michael Moore benar dalam melakukaan culaannya, G.W Bush sebenarnya terlibat dalam perancangan serangan WTC bagi membolehkan pelobi-pelobi Yahudi dari syarikat minyak mendapat habuan selepas memberikan kemenangan.

Bertindak dengan Matlamat di Minda


thinkthink
















Perhatikan perlawanan bola sepak di televisyen. Bayangkan jika perlawanan selama sembilan puluh minit itu tanpa pintu gol. Semua pemain melakukan pelbagai aksi dan teknik menggelecek selama 45 minit, kemudian disambung selama 45 minit lagi. Namun segalanya seolah-olah tiada berkesudahan atau tiada berpenghujung. Segalanya tampak sia-sia sahaja kerana keputusannya sudah dijangka, sejauh mana pun usaha, teknik, strategi dan kekuatan kerja berpasukan yang mereka lakukan, keputusannya tetap sama, iaitu 0-0!
Ini analogi mudah, bagi menggambarkan kehidupan yang tidak ditentukan arahnya. Kita seolah-olah melakukan sesuatu, tetapi sampai suatu ketika bila sudah penat maka kita akan bertanya dan mengeluh kepada diri kita sendiri.
“Apa yang telah aku lakukan?”
“Aku telah ketinggalan dalam banyak perkara.”
“Banyaknya masa yang telah terbuang.”
Lalu kita seolah-olah terjaga dari sebuah lena yang panjang. Segala apa yang dilakukan ini dahulu seperti mimpi belaka dan kita seolah-olah digerakkan seperti sebuah robot tanpa tahu apatah faham dengan apa yang kita lakukan. Segalanya seperti telah diprogramkan tanpa kita sedari.
Cuba bayangkan apabila kita diminta untuk melengkapkan sebuah jigsaw puzzle. Kita sangat teruja, memandangkan sebelum ini kita sudah berpengalaman menyusun dan melengkapkan sebuah jigsaw puzzle. Kita bersemangat untuk memulakannya.
Lalu kita pun diberikan sebanyak 1000 keping jigsaw untuk dilengkapkan tetapi tiada gambar yang dipaparkan sebagai panduan untuk kita menyiapkan jigsaw tersebut. Bagaimana mungkin kita ingin menyiapkannya tanpa gambaran jelas tentang apa yang kita mahu susun dan lengkapkan? Tanpanya, sudah tentu kita tidak tahu di mana mahu bermula.
Matlamat di Minda
Kenapa kita perlu mulakan di minda?
Ya, kerana di minda itulah terdapatnya keupayaan imaginasi. Keupayaan untuk menggambarkan dan memberi imej terhadap sesuatu yang bukan realiti seperti kata Dr. Stephen R. Covey; ciptaan mental itu sentiasa mendahului ciptaan fizikal.
Mari kita renung sejarah Perang Khandaq, ketika tentera Islam di Madinah sedang berada di hujung tanduk, dikepung oleh tentera musuh dengan jumlah yang ramai di sekeliling Madinah. Rasulullah s.a.w memberikan khabar kepada para sahabat yang sedang berada dalam kegusaran, dengan sabda Baginda s.a.w:
“Kota Konstantinopel akan dibuka. Pemimpin yang menaklukinya ialah sebaik-baik pemimpin dan tentera yang berada di bawah pimpinannya ialah sebaik-baik tentera.” ( Riwayat Ahmad)